Monday, July 14, 2008

TOKKU PALOH : ULAMA SUFI PENASIHAT SULTAN

“Terengganu ini ada tuannya. Sila berunding dengan tuannya!(Tokku Paloh)” ; titah Sultan kepada wakil British W.L Conlay….

Tukku Paloh atau nama sebenarnya Sayid Abdul Rahman bin Muhammad Al Idrus adalah ulama kerohanian yang berkecimpung dalam bidang pentadbiran dan diplomatik di Terengganu. Beliau hidup dalam zaman pemerintahan lapan orang sultan silih berganti, paling lama dan paling kuat pengaruh beliau ialah semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu ke-11.

Kerana kewibawaannya, beliau diberi mandat oleh Sultan mentadbir kawasan Paloh dan mengawasi kawasan Hulu Terengganu. Beliau juga diterima sebagai penasihat pertama dan utama kepada sultan dalam berbagai persoalan. Beliau tegas dan pintar dalam bidang diplomatik dan sering diberi peluang mewakili sultan berunding dengan pihak British sehingga pada zaman itu British gagal menjajah Terengganu.

Tokku Paloh terkenal sebagai seorang wali Allah yang mempunyai berbagai karamah dan sentiasa mendapat bantuan Allah swt khususnya sewaktu mengendalikan urusan rakyat. Tukku Paloh adalah khalifah Tareqat Naqsyabandiah, dan beliau turut mengamal dan mengembang luaskan ‘Syahadat Tukku’ satu amalan yang disusun oleh ayahnya Tukku Tuan Besar.
"Kerusi yg melekat seketika pada punggung penjajah!"

“Kalau untuk mencampuri urusan pentadbiran kami, saya menolak walau atas alasan apa sekalipun,” kata Tukku Paloh. “Tetapi kalau nak tanah, silakan. Isilah ke dalam armada tuan sebanyak mana pihak British mahu… ambillah tanah.”Itulah jawapan Tukku Paloh kepada wakil British, semasa berlaku perundingan antara pihak British dengan Tukku Paloh yang mewakili kerajaan Negeri Terengganu.

Jawapan dalam bentuk sindiran itu yang diluahkan dengan tenang tetapi tegas, ternyata menyakitkan hati wakil2 British itu. mereka bangun untuk beredar. Tetapi dengan kuasa Allah, punggung mereka tidak semena2 terlekat di kerusi. Apabila mereka mengangkat punggung, kerusi turut terangkat sama buat seketika sebelum jatuh ke lantai.

Waktu itu Tukku Paloh bersuara secara bersahaja : “Sudahlah tuan2 hendak ambil tanah Terengganu, kerusi rumah saya pun tuan2 hendak ambil?.” Demikianlah gagalnya diplomasi British untuk menjajah Terengganu pada sekitar awal abad ke-20. Taktik diplomasi yang berjaya digunakan di beberapa negeri lain, gagal di negeri Terengganu kerana adanya gandingan rapat antara ulama dan umarak (pemerintah). Tegasnya antara Sayid Abdul Rahman Al Idrus atau Tukku Paloh dengan Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu ke-11 (memerintah 1881-1918).

Saturday, July 5, 2008

ISLAM TELAH BERADA DI TANAH MELAYU PADA ZAMAN SAHABAT RASULULLAH S.A.W


MENGEJUTKAN!!!

ISLAM telah bertapak di Tanah Melayu semenjak Zaman Sahabat Rasullullah lagi. Buktinya adalah ditemukannya batu nisan di Tanjung Inggris, Langgar, pada tahun 1962. Di nisan ini tercatat nama Sheikh Abdul Kadir Ibn Husin Shah Alam (Aliran), tanggal 29 Hijriah (651 Masehi) 19 tahun selepas Rasullullah S.A.W wafat. Pada masa ini Sultan Kedah masih tidak menganut Islam.

Orang yang bertanggungjawab mengislamkan Maharaja Kedah menurut buku Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah dan dipetik oleh Buyong Adil bahawa Syeikh Abdullah al-Qumairi dan 11 orang sahabatnya telah berhasil mengislamkan Raja Kedah yang kesembilan, iaitu Maharaja Derbar/Durbar Raja II yang ketika itu berkedudukan di Istana Bukit Meriam.

Nama baginda raja itu juga ditukar oleh Syeikh Abdullah al-Qumairi dari Maharaja Derbar/Durbar Raja II @ Phra Ong Maha Wangsa menjadi Sultan Muzaffar Syah I(mangkat pada 13 safar 575 Hijrah / 1179 M). Negeri Kedah pula diberi nama Kedah Darul Aman

* Datang ke Kedah pada tahun 1136 atau 1137.

* Berasal dari Yemen.

* Mengislamkan maharaja Derbar/Durbar II di Istana Bukit Meriam.

* Menukar nama Raja kepada Sultan Muzaffar Shah I.

* Guru Sultan Muzaffar Syah I.

* Memberi nama Kedah Darul Aman.

* Mengarahkan dibina menara kebesaran Islam untuk azan di Gunung Jerai.

Wali Allah yang terkenal Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani pernah menziarahi kubur Syeikh Abdullah al-Qumairi beberapa kali. Beliau juga pernah sembahyang di tempat tanah lapang di Gunung Jerai itu.

Kisah mengenai Syeikh Abdul Qadir al-Jailani pernah menziarahi kubur Syeikh Abdullah al-Qumairi itu dapat diterima akal kerana wali Allah tersebut wafat dalam tahun 561H/1166M sedangkan Syeikh Abdullah al-Qumairi wafat dalam sekitar tidak berapa lama setelah kedatangannya di Kedah itu (531H/1136M atau 1137M).

Friday, July 4, 2008

TAK PUAS HATI...

Berikut adalah perbualan antara 2 individu:

Mr K : Aku ada banyak masalah la Mr A. Hutang bertimbun-timbun. Kepala selalu pening-pening. Benda yang aku rancang selalu tak jadi...............................bla, bla, bla, bla (merungut semua masalah yang menimpa selama 1/2 jam)

Mr A : Engko ni banyak sangat merungut pasal masalah sendiri macam tak puas hati ngan takdir je. Tak puas hati ngan takdir maknanya TAK PUAS HATI NGAN TUHAN. Engko kene mengadu ngan tuhan bukan ngan aku.

Mr K : Betul tu.........

ASAL USUL HARI KEKASIH

Kepada orang Islam yang masih menyambut Hari Kekasih ingatlah..

Hari kekasih pada 14 Februari adalah terdiri daripada dua peristiwa:

1) Orang-orang Romawi untuk memperingati Juno/Semiramis, yakni dewa wanita dan perkawinan dalam mitologi mereka. Perayaan itu dinamakan Lupercalia dan jatuh pada tanggal 15 Pebruari. Ia adalah tarikh merayakan perkahwinan Antara Nimrod (Dewa Matahari) dan ibunya sendiri Semiramis(Ratu Langit). Di gelar hari Dewa Wanita bagi orang-orang Babylon. Peristiwa ini berlaku pada masa kerajaan Assyria (Tamadun Mesopotamia) 8000 tahun lampau. Siapakah dia Nimrod?

Nimrod dalam Islam dikenali sebagai RAJA NAMRUD... ALLAH TAALA telah mengutuskan NABI IBRAHIM A.S untuk berdakwah kepada RAJA NAMRUD yang mengaku dirinya Tuhan (DEWA MATAHARI)

2) Pada tahun 496 masehi, ketika agama Kristian berhasil mempengaruhi kota Roma, peringatan Lupercalia(Hari Kekasih) diganti menjadi Saint Valentine’s day oleh Paus Galasius. Perayaan itu tidak lagi jatuh pada tanggal 15 Pebruari, akan tetapi dipindahkan ke tanggal 14 Pebruari. Saint Valentine’s day ditujukan untuk merayakan hari kasih sayang orang-orang suci dan untuk memperingati seorang PENDETA KRISTIAN yang dihukum mati pada tanggal tersebut.

JANGAN KITA DIMANIPULASI

Kalau kita garang sangat macam anjing, orang buat kita jaga rumah.

Kalau kita berani sangat macam singa, orang tangkap kita untuk buat pertunjukkan sarkas.

Kalau kita gagah sangat macam gajah, 0rang buat kita tarik balak

Kalau kita keras sangat macam besi, orang ambik kita buat jambatan untuk dipijak-pijak

Kalau kita rajin sangat macam kerbau, orang ambik kita buat bajak sawah

Kalau kita comel sangat macam kucing, orang buat kita binatang peliharaan

Kalau kita licik sangat macam kancil, orang buat kita pakar konspirasi(pakar menipu)

Kalau kita bodoh sangat macam lembu, Orang korbankan kita…

KESIMPULANNYA JANGANLAH SIFAT KITA TU DIMANIPULASIKAN OLEH ORANG-ORANG BERAKAL….

Thursday, July 3, 2008

LOKASI BAHTERA NABI NUH













Berikut adalah gambar satelit terkini berkaitan lokasi bahtera nabi nuh

1. Dipergunungan Iran bersempadan dengan Rusia
2. Gambar ditangkap menggunakan satelit
3. Kedudukan altitud 15,000 kaki tinggi = 5000 meter++ (Lebih tinggi daripada Gunung Kinabalu)

BAYANGKAN KETINGGIAN TAHAP BANJIR PADA MASA ITU!!!

Wednesday, July 2, 2008

JANGAN SOMBONG

Sebelum dijadikan manusia, jin adalah penghuni bumi. “Dan kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.” (QS Al-Hijr 15:27)”

Ada seorang jin terlampau taat kepada Allah Taala menyebabkan Allah Taala melantik dia sebagai bapak segala jin-jin atau Raja Jin di dunia ini. Kemudian Raja Jin ini bertambah-bertambah lagi ibadat dia sehingga dinaikkan darjat oleh Allah Taala menjadi ketua pada langit lapis pertama dan digelar ‘Aabid, ahli ibadah yang mengabdi luar biasa .


Allah Taala telah menaikkan darjat beliau dari satu langit ke satu langit sehingga dia setiap langit beliau ada gelaran masing-masing .Di langit lapis kedua, julukan pada Beliau adalah Raki’ atau ahli ruku kepada Allah. Saajid atau ahli sujud adalah gelarnya di langit lapis ketiga. Pada langit berikutnya ia dijuluki Khaasyi’ karena selalu merendah dan takluk kepada Allah. Karena ketaatannya kepada Allah, langit lapis kelima menyebut beliau sebagai Qaanit. Gelar Mujtahid diberikan kepada Beliau oleh langit keenam, karena ia bersungguh-sungguh ketika beribadah kepada Allah. Pada langit ketujuh, ia dipanggil Zaahid, karena sederhana dalam menggunakan sarana hidup.


Dan yang terakhir, beliau dilantik oleh Allah Taala menjadi ketua atau penghulu sekalian Malaikat dan digelar Sayidul Malaikat dan Khazinul Jannah(Bendaharawan Syurga). Siapakah beliau? Beliau ialah AZAZIL….


Selama lebih kurang 120ribu tahun beliau menyandang jawatan tersebut dan malaikat pun selalu meminta doa beliau. Ketika saat Malaikat Israfil berkeliling di surga, malaikat Israfil mendapati sebuah tulisan "Seorang hamba Allah yang telah lama mengabdi akan mendapat laknat dengan sebab menolak perintah Allah." Tulisan yang tertera di salah satu pintu surga itu, tak pelak membuat Israfil menangis. Ia takut, itu adalah dirinya. Beberapa malaikat lain juga menangis dan punya ketakutan yang sama seperti Israfil, setelah mendengar kabar perihal tulisan di pintu surga itu dari Israfil. Mereka lalu sepakat mendatangi Azazil dan meminta didoakan agar tidak tertimpa laknat dari Allah. Setelah mendengar penjelasan dari Israfil dan para malaikat yang lain, Azazil lalu memanjatkan doa. “Ya Allah. Janganlah Engkau murka atas mereka.”


Hingga pada satu masa para malaikat dan azazil melakukan musyawarah besar atas undangan Allah. Ketika itu, Allah, Zat pemilik kemutlakan dan semua niat, mengutarakan maksud untuk menciptakan pemimpin di bumi. ”Sesungguhnya Aku hendak menciptakan seorang khalifah (pemimpin) di muka bumi,” begitulah firman Allah.
Semua malaikat hampir serentak menjawab mendengar kehendak Allah. ”Ya Allah, mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di muka bumi, yang hanya akan membuat kerusakan dan menumpahkan darah di bumi, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau.” Allah menjawab kekhawatiran para malaikat dan meyakinkan bahwa, "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."


Allah lalu menciptakan manusia pertama yang diberi nama Adam. Kepada para malaikat, Allah memperagakan kelebihan dan keistimewaan Adam, yang menyebabkan para malaikat mengakui kelebihan Adam atas mereka. Lalu Allah menyuruh semua malaikat agar bersujud kepada Adam, sebagai wujud kepatuhan dan pengakuan atas kebesaran Allah. Seluruh malaikat pun bersujud, kecuali Azazil. "Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat "Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir" (Al Baqarah: 34)

Sebagai penghulu para malaikat dengan semua gelar dan sebutan kemuliaan, Azazil merasa tak pantas bersujud pada makhluk lain termasuk Adam karena merasa penciptaan dan statusnya yang lebih baik. Allah melihat tingkah dan sikap Azazil, lalu bertanya sembari memberi gelar baru baginya Iblis. "Hai Iblis, apakah yang menghalangimu untuk bersujud kepada yang telah Kuciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri (takabur) ataukah kamu merasa termasuk orang-orang yang lebih tinggi?"


Mendengar pernyataan Allah, bukan permintaan ampun yang keluar dari Azazil, sebaliknya ia malah menantang dan berkata, “Ya Allah, aku (memang) lebih baik dibandingkan Adam. Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan Adam Engkau ciptakan dari tanah.” Mendengar jawaban Azazil yang sombong, Allah berfirman. "Keluarlah kamu dari surga. Sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang diusir".


Azazil alias Iblis, sejak itu tak lagi berhak menghuni surga. Kesombongan dirinya, yang merasa lebih baik, lebih mulia dan sebagainya dibanding makhluk lain telah menyebabkannya menjadi penentang Allah yang paling nyata. Padahal Allah sungguh tak menyukai orang-orang yang sombong. “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia karena sombong dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. Dan sederhanakanlah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.”
Bibit kesombongan dari Azazil sejatinya sudah bersemai sejak Israfil dan para malaikat mendatanginya agar mendoakan mereka kepada Allah. Waktu itu, ketika mendengar penjelasan Israfil, Azazil berkata, ”Ya Allah! Hamba-Mu yang manakah yang berani menentang perintah-Mu, sungguh aku ikut mengutuknya”. Azazil lupa, dirinya adalah juga hamba Allah dan tak menyadari bahwa kata “hamba” yang tertera pada tulisan di pintu surga, bisa menimpa kepada siapa saja, termasuk dirinya.


Lalu, demi mendengar ketetapan Allah, Iblis bertambah nekat seraya meminta kepada Allah agar diberi dispensasi. Katanya, "Ya Allah, beri tangguhlah aku sampai mereka ditangguhkan.” Allah bermurah hati, dan Iblis mendapat apa yang dia minta yaitu masa hidup panjang selama manusia masih hidup di permukaan bumi sebagai khalifah.
Dasar Iblis, Allah yang maha pemurah, masih juga ditawar. Ia lantas bersumpah akan menyesatkan Adam dan anak cucunya, seluruhnya, “Kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis di antara mereka." Maka kata Allah, "Yang benar adalah sumpah-Ku dan hanya kebenaran itulah yang Kukatakan. Sesungguhnya Aku pasti akan memenuhi neraka jahanam dengan jenis dari golongan kamu dan orang-orang yang mengikutimu di antara mereka semuanya."

PENGAJARAN….
INGATLAH SEMUA MANUSIA, IBLIS DULU PUN SANGAT MULIA BOLEH INGKAR DENGAN ALLAH TAALA.. INIKAN PULA KITA SEBAGAI MANUSIA BIASA.. IKHLASKAN DIRI DAN SERAH SEMUANYA PADA ALLAH TAALA